Wednesday 19 February 2014

LA TAHZAN

Assalamualaikum  wbt…
Sudah sekian lama rasanya tidak menjenguk blog kesayangan ni.. almaklumlaa.. diri menyandang jawatan selaku penganggur terhormat.. bukan nye boleh sentiasa online kan..

Entry kali nii berkisar tentang motivasi untuk diri aku sendiri.. aku masih tidak bekerja bukanla bererti ak hanya duduk je xbt pape..masih bnyk perkara laen yg boleh dilakukan.. bukan semata2 kerana duit..

Kerana ak tidak menyandang ap2 kerja yg boleh mendatangkan duit, bnyk pandangan sinis yg mereka lemparkan.. aku ni hanya tahu menyusahkan mek.. ak ni hanya tahu duk goyang kaki je kat rumah.. ak ni hanya tahu makan tido je.. sedangkan mereka xtahu ap yg aku bt.. sedangkan mereka tidak tahu situasi sebenar ak..

Maka sejak itula aku jarang sgt pg kemana2.. ak jarang sgt keluar rumah.. ap yg aku boleh lakukan hanyalah berusaha dan berdoa.. ya, doa adalah senjata org islam yg paling utama.. bnykkan berdoa.. kenapa ALLAH masih x makbulkan? Kerana ALLAH menguji tahap sabar aku.. doa dan terus doa..

kata seorang ustazah “doa kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk dimakbulkan.. jadi jgn berputus asa dan teruskan berdoa”. 

Lumrah manusiakan.. semua benda nak cepat.. semua nak tergesa2.. di sinilah  ujian tanda kasih ALLAH kat aku.. “Jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH”. Ya.. rahmat ALLAH..andai dinilai dengan mata hati, terlalu bnyk rahmat ALLAH bt ak insan kerdil ni.. saat semua memandang serong kepada ak, ak masih dikurniakan seorang mek yang berhati mulia.. syukur Alhamdulillah aku masih ad seorang mek. Ak jadi kuat bila ak tgk muka dia.. walau semua org xsuka ak, dia sentiasa ada disisi tenangkan ak.. doa dia hari2 buatkan ak semakin kuat untuk tempuh kehidupan ni..

Dugaan yg mendatang setiap hari terlalu sukar andai tiada rasa percaya pada ketentuan ALLAH.. Syukur Alhamdulillah dlm ujian yg mendatang silih berganti ni makin menguatkan kecintaan aku kepada ALLAH.. dlam jutaan manusia, aku yang terpilih untuk diuji.. betapa ALLAH ingin aku sentiasa mengadu, menangis, merayu kepadanya.. aku makin sedar bahawa semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik ALLAH.. aku hanya meminjam.. DIA boleh memberi, dan DIA juga boleh mengambil kembali ap sahaja yg menjadi milikNYA. Jadi pujuk lah hati agar jangan bersedih. “LA TAHZAN RABBUNA  MA’ANA”. Jgn sedih ALLAH bersama kita.. cukup terhibur aku mendengar alunan dari suara milik Heliza Helmi.. jangan sedih.. ad yang lagi berat diuji.. tapi mereka sedikitpun tidak bersedih.. jadi kenapa aku insan yang baru sedikit diuji ini harus bersedih.. pujuk lah hati untuk tidak bersedih.. kerana rahmat dan kurniaan ALLAH terlalu bnyk dibandingkan dengan kesedihan yang sedikit ini..

Maafkanlah insan yang berkata2 itu.. mereka tidak tahu.. andai mereka tahu keadaan aku, mereka juga tidak akan berkata2.. Iya, walau sakit, walau terluka, maafkanlah mereka.. doakanlah yang baik2 sahaja.. senyumlah walau hati terluka, sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dan kepada manusia..ALLAH tidak membenani dan menguji manusia melebihi kemampuan seseorang. Duit, pangkat, nama, kekayaan hanyalah perhiasan dunia.. jadi xperlulah aku sebagai insan terlalu mengejar semua itu. Cukuplah apa yang yang ALLAH telah takdirkan dan beri rezeki kepada aku. Alhamdulillah, andai ada rezeki selepas ini.. namun, andai ALLAH takdirkan aku untuk terus jd perempuan kampung, aku redha.. pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi.

Hayatilah kata2 ALLAH dalam Surah AR-RAHMAN ayat 26 dan 27 yg bermaksud “ semua yang ada dibumi akan musnah. Kecuali wajah tuhan yang memiliki kemuliaan dan kebesaran tetap kekal”.

 ALLAHU RABBI kerdilnya aku sebagai insan .. yang memiliki kekusaan di langit dan dibumi hanyalah ALLAH. jadi, untuk apa aku terlalu mengejar semua itu  andai semuanya akan musnah. berpada2 lah mengikut apa yang ALLAH telah tetapkan.. andai harta dan kekayaan dunia bukan milik aku, cukuplah sekadar mek yang mulia dan cukuplah sekadar iman dan islam.Jadi jangan bersedih lg.. kuatkan hati, kuatkan semangat .. sentiasa sematkan dalam hati.. kehidupan dunia ni hanyalah perjalanan sementara menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.


Saturday 3 August 2013

25 daa

oh my god..
macam x percaya je yg umo dayah da sampai suku abad.
rasa cam budak2 je lg..
rasa cam x matang je lg..
tiba2 da 25 tahunn..
cepat nya masa 2 berlalu..
syukur Alhamdulillah Allah masih panjang kan umo dayah
syukur Alhamdulillah dayah dapat habiskan degree on time..
walaupun diri ni masih xberapa nak matang lg..
tp dayah da kena serius fikirkan masa depan..
kena cri keje untuk bantu mek..
xde hadiah yg lebih bernilai  bg dayah melainkan
 sebuah kehidupan yg masih dianugerahkan oleh ALLAH..
ALHAMDULILLAH

Monday 8 July 2013

kawan oh kawan..

tengah2 dayah duk sibuk nak bt thesis ni, dayah ternampak pic kawen kawan dayah kat fb.. dlm hati ni terdetik " eh, dia dah kawen ke? nape ak xtaw pun".. memang  la, 2 hak dia dan mungkin dia ad alasan tersendiri kenapa dia xgtaw kat dayah.. tp hati ni terguris la.. kami bukan sekadar kawan2 biasa.. kami rapat masa sekolah dlu.. duk sekali dalam kelas.. pernah berkongsi suka dan duka.. sampai kan mek dayah pun kenal ngan dia.. dayah ingt masa abah dayah xde dlu, dia org first dayah telefon dan bila dgr suara dia kat telefon, dyah terus nangis.. kami cukup rapat masa sekolah dlu.. dan bila dayah tahu dia kawen tanpa bgtau, dan dayah tahu pun sebab nampak gambar kat fb je, hati ni terguris.. sekurang2 nya gtaw laa kat dayah.. walaupun dayah ni xkeje lg, xboley nak bg hadiah mahal2 kat dia, tp dayah nak jgk tgk kawan yg dayah syg naik pelamin.. 
memang la 2 hak peribadi masing2 kan, tp dayah sedih sbb kami kawan baik..
kita x dapat pun nak duga hati manusia ni.. kdg2 makan sekali, tido sekali, belom tentu kita dapat kenal hati budi kawan kita ni sepenuhnya..
mgkin ada sesetengah org yg cakap " alaa, kawan je pun kan.. bt apa nak gtaw semua benda".. 
memang semua org ada rahsia yg nak disimpan.. tp kdg2 dayah pelik la.. benda yg x patut jd rahsia pun, nak rahsiakan.. tp last2 bgtaw jgk.. 
apa2 pun, doa dayah moga dia bahagia sampai akhir hayat nya..


p/s mood tgh x stabil.. sbb 2 semua benda nak terasa.. teruk betul dayah ni kan..huhu

Monday 10 June 2013

hari ni dayah belajar sesuatu..
sebagai manusia, walau setinggi mana pun kita berada,
 jgn sesekali lupa di mana kita berasal..
kat mana kaki kita ni berpijak.. 
jadi untuk apa kita bermegah dgn apa yg kita ada.. 
kerana kita tetap menjunjung langit yang sama..
pangkat tinggi cket dari org lain, belum tentu org bawahan kite 2 hina..
mereka juga mempunyai perasaan seperti kita..
tp manusia ni dilahirkan mudh lupa..
lupa kat mana kita berasal..
lupa siapa pencipta kita yang hakiki..
sedangkan pencipta kita tidak pernah membezakan hambanya..
kenapa kita manusia yang hina ni, sewenang2nya nak hina org..
sewenang2nya nak caci maki org?
org afrika yang hitam  tapi beriman lebih mulia di sisi ALLAH
 dari org kafir yang putih gebu tapi bergelumang dgn maksiat..
sedarlah wahai kawan2 dayah.. 
kecantikan, kekayaan yang kita ada bila2 masa je ALLAH boleh tarik balik..
jgn la di banggakan sgt dengan semua 2.. 
bersyukurlah kerana masih dihidupkan 
untuk menghitung banyaknya dosa kita 
kepada pencipta kita dan kepada manusia lain..

Tuesday 5 February 2013

praktikal oh praktikal

x sgka dayah da start praktikal..
praktikal yg membosankan..
duduk  main game, tgk org, sengih je..
lenguh dah mulut dayah nak sngih kat org..
bila la kebusanan ni nak berakhir..
dtg keje pg2, pakai cantik2. tp dtg duduk je..
time rehat dayah g makan.. huhu( makin gemuk lah dayah kan..)
baca post kwn2 kat twitter n facebook, semua nya seronok, best..
maybe ada hikmah kan..
or ni just permulaan je kan..
tp serius, baru 3 hari dayah start berpraktikal tp dayah da rindu nak study balik..
kalau study, boleh ponteng klas.. (2 je yg best kan)
makanan kat cni pun mahal2 lah
teringat kat kedai makan kegemaran dayah restoren madina..
walau ke mana dayah g, dayah asyik bandingkan ngan madina..
madina tetap di hati.. huhuhu..
ramai dah org ckp alam keje x sama ngan blaja..
dan kita akan sgt2 rindukan masa blaja bila da start keje..
betul lah 2..
 tanpa dayah sgka2 dayah da masuk ke satu fasa lain dlm hidup..
da kena jd org yg matang.. da xleh berperangai cam budak2 lg..
hopefully semua kwn2 dayah gembira dgn alam berpraktikal ni..



Friday 25 January 2013

kenangan itu..

tamat nya exam research methodology, maka tamatlah semester yg memenat kan..
tamatlah juga kuliah dan pengajian kat sri iskandar tercinta ni..
tercinta la sgt kan.. xde pape yg best pun kat sri iskanda ni.. dah la setiap kali modul je msti bg roti gardenia n air kotak .. dah la susunan fakulti yg jauh.. dah la panas kat cni.. pendek kata xde pape yg best lah kat sri iskandar ni melainkan sebuah kenangan persahabatan yg di bina d cni..
mula2 dtg cni sampai la habis study skg ni, dayah x habis2 bandingkan persekitaran sri iskandar ngan UITM Machang dlu.. xde satu pun yg melekat di hati kat cni..
tp ada satu kisah persahabatan yg akan dayah kenang sampai bila2.
kat cni banyk sgt suka duka, senyum tawa, rajuk, masam muka dan macam2 lg..kdg2 bila kenang balik kenangan kita, dayah akan senyum sorg2..






ni gambar masa kami sem 3.. salah satu asgment kami adalah bt jumble sale.. x sgka kelas kami menang          susur atur terbaik.. tgk lah kaler baju yg happening 2..





      ni plak pic futsal yg dianjurkan oleh klas A n B.. huhu.. kitorg bukan men pun.. just jd penganjur jew..



         training knowing yourself yg kitorg jalankan kat sekolah menengah datuk maharajalela.. ni salah satu   requirement kitorg kena bt untuk lulus subjek human resource development.. bnyk sgt yg kitorg belajar dari                                    semua ni..


                               picnic kwn2 sekelas kat air terjun lata kinjang.. cantik sgt tempat 2..


                                             gambar akhir sem yg meninggalkan memori indah..


                                                                   gambar formal lak..


huhuhu.. ni lah separuh kenangan kat sri iskandar yg bt dayah rasa sedih dan susah nak tinggal kan semua ni.. nak je hari2 masuk kelas En Othman yg stress, klas PM Malek yg cute.. kalau di ingt balik apa yg dah dilalui di sini,  rasa x nak berpisah dgn semua ni.. namun hukum dunia, setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.. lepas ni, kita dah masuk fasa baru lam hidup kita.. alam pekerjaan dan pastinya semua kwn2 dayah akan memasuki alam perkahwinan..  nnti boleh la crita kat anak2 yg kita ada satu kenangan yg indah kat sri iskandar ni.. tiba2je rasa syg nak tinggal sri iskandar yg sgt membosankan dlu..

Tuesday 30 October 2012

baik nya ALLAH..

ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..
saat dayah kesedihan, ALLAH dtgkan pengubatnya..
saat dayah xde duit, ALLAH turunkan rezeki yg dayah x sgka..
tapi dyah ni hamba yg selalu lupa..
lupa betapa baiknya ALLAH kat dayah ni..
lupa setiap ap yang terjadi ada sebab nya..
lupa setiap kesabarn yang dilalui ada ganjarannya..
YA ALLAH masa dayah fail test jpj dayah pernah pk kenapa hidup dayah ni selalu je malang..
nape dayah ni x leh hidup bahagia cam org lain..
tapi dayah x nampak hikmah yg tersembunyi sebalik semua ni kan..
setiap sakit yg kita rasa, akan ada penawarnya..
baik nya ALLAH pada dayah..
saat dayah jauh, ALLAH dtgkan ujian untuk dayah dekat dgnNYA.
saat dayah lemah, ALLAH sentiasa ada mendengar rintihan dayah..
baiknya ALLAH.. baiknya ALLAH