Wednesday 19 February 2014

LA TAHZAN

Assalamualaikum  wbt…
Sudah sekian lama rasanya tidak menjenguk blog kesayangan ni.. almaklumlaa.. diri menyandang jawatan selaku penganggur terhormat.. bukan nye boleh sentiasa online kan..

Entry kali nii berkisar tentang motivasi untuk diri aku sendiri.. aku masih tidak bekerja bukanla bererti ak hanya duduk je xbt pape..masih bnyk perkara laen yg boleh dilakukan.. bukan semata2 kerana duit..

Kerana ak tidak menyandang ap2 kerja yg boleh mendatangkan duit, bnyk pandangan sinis yg mereka lemparkan.. aku ni hanya tahu menyusahkan mek.. ak ni hanya tahu duk goyang kaki je kat rumah.. ak ni hanya tahu makan tido je.. sedangkan mereka xtahu ap yg aku bt.. sedangkan mereka tidak tahu situasi sebenar ak..

Maka sejak itula aku jarang sgt pg kemana2.. ak jarang sgt keluar rumah.. ap yg aku boleh lakukan hanyalah berusaha dan berdoa.. ya, doa adalah senjata org islam yg paling utama.. bnykkan berdoa.. kenapa ALLAH masih x makbulkan? Kerana ALLAH menguji tahap sabar aku.. doa dan terus doa..

kata seorang ustazah “doa kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk dimakbulkan.. jadi jgn berputus asa dan teruskan berdoa”. 

Lumrah manusiakan.. semua benda nak cepat.. semua nak tergesa2.. di sinilah  ujian tanda kasih ALLAH kat aku.. “Jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH”. Ya.. rahmat ALLAH..andai dinilai dengan mata hati, terlalu bnyk rahmat ALLAH bt ak insan kerdil ni.. saat semua memandang serong kepada ak, ak masih dikurniakan seorang mek yang berhati mulia.. syukur Alhamdulillah aku masih ad seorang mek. Ak jadi kuat bila ak tgk muka dia.. walau semua org xsuka ak, dia sentiasa ada disisi tenangkan ak.. doa dia hari2 buatkan ak semakin kuat untuk tempuh kehidupan ni..

Dugaan yg mendatang setiap hari terlalu sukar andai tiada rasa percaya pada ketentuan ALLAH.. Syukur Alhamdulillah dlm ujian yg mendatang silih berganti ni makin menguatkan kecintaan aku kepada ALLAH.. dlam jutaan manusia, aku yang terpilih untuk diuji.. betapa ALLAH ingin aku sentiasa mengadu, menangis, merayu kepadanya.. aku makin sedar bahawa semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik ALLAH.. aku hanya meminjam.. DIA boleh memberi, dan DIA juga boleh mengambil kembali ap sahaja yg menjadi milikNYA. Jadi pujuk lah hati agar jangan bersedih. “LA TAHZAN RABBUNA  MA’ANA”. Jgn sedih ALLAH bersama kita.. cukup terhibur aku mendengar alunan dari suara milik Heliza Helmi.. jangan sedih.. ad yang lagi berat diuji.. tapi mereka sedikitpun tidak bersedih.. jadi kenapa aku insan yang baru sedikit diuji ini harus bersedih.. pujuk lah hati untuk tidak bersedih.. kerana rahmat dan kurniaan ALLAH terlalu bnyk dibandingkan dengan kesedihan yang sedikit ini..

Maafkanlah insan yang berkata2 itu.. mereka tidak tahu.. andai mereka tahu keadaan aku, mereka juga tidak akan berkata2.. Iya, walau sakit, walau terluka, maafkanlah mereka.. doakanlah yang baik2 sahaja.. senyumlah walau hati terluka, sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dan kepada manusia..ALLAH tidak membenani dan menguji manusia melebihi kemampuan seseorang. Duit, pangkat, nama, kekayaan hanyalah perhiasan dunia.. jadi xperlulah aku sebagai insan terlalu mengejar semua itu. Cukuplah apa yang yang ALLAH telah takdirkan dan beri rezeki kepada aku. Alhamdulillah, andai ada rezeki selepas ini.. namun, andai ALLAH takdirkan aku untuk terus jd perempuan kampung, aku redha.. pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi.

Hayatilah kata2 ALLAH dalam Surah AR-RAHMAN ayat 26 dan 27 yg bermaksud “ semua yang ada dibumi akan musnah. Kecuali wajah tuhan yang memiliki kemuliaan dan kebesaran tetap kekal”.

 ALLAHU RABBI kerdilnya aku sebagai insan .. yang memiliki kekusaan di langit dan dibumi hanyalah ALLAH. jadi, untuk apa aku terlalu mengejar semua itu  andai semuanya akan musnah. berpada2 lah mengikut apa yang ALLAH telah tetapkan.. andai harta dan kekayaan dunia bukan milik aku, cukuplah sekadar mek yang mulia dan cukuplah sekadar iman dan islam.Jadi jangan bersedih lg.. kuatkan hati, kuatkan semangat .. sentiasa sematkan dalam hati.. kehidupan dunia ni hanyalah perjalanan sementara menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.