Friday 31 August 2012

pesan memesan..

hidup kita ni macam roda kan.. 
kadang2 kita kat atas, tapi kadang2 kite kat bawah..
bile berada kat atas, jangan la lupa bahawa kita akan ke bawah juga..
dan bila berada kat bawah, teruskan berusaha untuk naik ke atas.
tapi kadang2 sebagai manusia yang mudah lupa ni, kita kadang2 terlupa bile kita berada di atas.
bila orang puji kite, bila orang sanjung kite sikit, kita rase kita la yang paling sempurna..
tapi sebenarnya yang mempunyai kesempurnaan yang hakiki adalah ALLAH S.W.T
sebagai manusia kita x terlepas pun dari menyakiti hati insan lain..
tapi ingat la, 
pelihara lah aib orang lain...
Sebab nanti ALLAH akan pelihara aib diri kita ni..
jangan la sebab nak tarik perhatian, kita buka aib org lain..
buka kelemahan orang lain sedangkan sebagai manusia,
kita juga mempunyai aib sendiri..
kita x terlepas dari melakukan kesalahan..
apa yang terbaik, baikilah kesilapan diri..
mohon maaf dengan orang yang pernah kita sakiti

Tuesday 28 August 2012

29/8/2004

hri ini dtg lg..
hari ni genap 8 thun abah pergi..
ramai org cakap aku ikut muka abah..
terutama hidung..
tapi yg aku x paham ada makcik kg aku ckp 
aku ni jalan cam abah..
betul ke??
aku ni jalan stlye nak patah pinggang..
kata member aku, lembut cam penari kebudayaan..
x kan abah jalan cam2 kot..
pape pun, ada jugak kan tinggalan abah kat wajah aku ni..
hidung yang sama..
thankz abah sebab bawa dayah ke dunia ni..
doa dayah sentiasa mengiringi abah..
Ya ALLAH ampunilah segala dosa2 abah
dan tempatkanlah dia dalam kalangan hambamu yang beriman..
AL-FATIHAH buat abah tersayang MOHAMAD RASHID B ISMAIL





Buat Pendamping Kami | iluvislam.com discover the beauty of islam

Buat Pendamping Kami | iluvislam.com discover the beauty of islam



"Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.
Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata 'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.
Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" 
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka dia tetap akan bengkok. 
"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita" 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.
Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. Insya-Allah.

Monday 27 August 2012

Terima kaSIH ALLAH..

salam..
selamat pg.. syukur Alhamdulillah ALLAH msih bg dayah kehidupan..
mgkin dosa2 dayah bnyk dan ALLAH masih memberi peluang dayah untuk bertaubat..
sesungguhnya sakit yang di beri bnyk nikmat nya..
ALLAH tidak menguji seseorang di luar batas kemampuannya..
Dan barangsiapa yg bertakwa kepada ALLAH, akan ALLAH bg jalan keluar bg setiap masalah..
dayah bersyukur sgt sebab dayah sentiasa diuji..
2 tanda ALLAH nak dayah selalu mengingatiNYA..
dayah rela hilang cinta dunia untuk dayah gapai redha NYA..
mungkin dulu dayah terleka..
sibuk sgt kejar cinta manusia hingga dayah lupa cinta ALLAH yang kekal abadi..
dan sesungguhnya dayah bersyukur dgn perpisahan ni..
hati dayah lebih tenang dengan sentiasa mengingati ALLAH..
bnyk hikmah yang dayah dapat atas semua ni..
biarlah org nak buat apa pun kat dayah..
nikmat iman dan islam 2 lebih penting bg dayah..
x semua org kat dunia ni bertuah dilahirkan dalam nikmat iman dan islam..
dan dayah sgt bertuah sebab ALLAH lahirkan dayah dalam hidup yang serba kekurangan ni..
untuk dayah sentiasa menjadi hamba yang bersyukur...
terima kasih ALLAH..

aku lepaskan dia pergi..

saat dayah ngah sedih2 ni,
teringat bait2 lagu nora..
pergilah jika kau mahu.. pergilh x usah kembali..
x akan ku pujuk lagi.. x perlu merayu lagi..
biarkan saja semua berlalu.. usah dipanjangkan lagi
makin dalam sedih yang ku simpan..
Ya ALLAH dayah redha,,
walau terluka aku lepaskan dia pergi..
moga bahagia dia bukan dgn aku,,
6 tahun lame nya kan.. tapi kita sebagai manusai cuma boleh merancang ..
mgkin dayah da x de mkna bg dia..
dayah lepaskan dia dgn air mata..
dan hari ni dayah janji, x kan ingt dia lg..
dayah lepaskan dia pergi..


Saturday 4 August 2012

Selamat hri lahir dayah

x sgka umur dayah da 24..
syukur alhamdulillah atas nikmat ALLAH yang masih memberikan kehidupan kepada dayah..
syukur atas nikmat islam dan iman yang dianugerahkan..
umur da meningkat..
kawan2 pun da ramai yang kawen..
tapi dayah percaya apa yang ALLAH dah tetapkan untuk dayah..
kalau sampai jodoh, kawen la dayah kan..

kalau kat sekolah dulu kawan2 selalu buat surprise bg hadiah..
tapi skg da besar la..
mane ada hadiah lg..
tapi bg dayah cukup lah sekadar ingtan agar dayah tahu ada owg masih ingt kat dayah..
tapi cam biase la..
kalau mlm besday, x sah kalau x gduh..
memang suka cari gaduh la budk 2..
ape2 pun, dia org 1st yang wish.. (thankz my dear)..