Tuesday 30 October 2012

baik nya ALLAH..

ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..
saat dayah kesedihan, ALLAH dtgkan pengubatnya..
saat dayah xde duit, ALLAH turunkan rezeki yg dayah x sgka..
tapi dyah ni hamba yg selalu lupa..
lupa betapa baiknya ALLAH kat dayah ni..
lupa setiap ap yang terjadi ada sebab nya..
lupa setiap kesabarn yang dilalui ada ganjarannya..
YA ALLAH masa dayah fail test jpj dayah pernah pk kenapa hidup dayah ni selalu je malang..
nape dayah ni x leh hidup bahagia cam org lain..
tapi dayah x nampak hikmah yg tersembunyi sebalik semua ni kan..
setiap sakit yg kita rasa, akan ada penawarnya..
baik nya ALLAH pada dayah..
saat dayah jauh, ALLAH dtgkan ujian untuk dayah dekat dgnNYA.
saat dayah lemah, ALLAH sentiasa ada mendengar rintihan dayah..
baiknya ALLAH.. baiknya ALLAH

Monday 29 October 2012

syukur

lamenye dayah x update blog ni.. malas nak tulis. hehehe.. hari ni tergerak hati lk nak update. dayah nak kongsi2 kat kawan2 tentang bersyukur.

 pernah x kita terfikir, bila pg, kita masih mampu untuk bgn.. kita masih mampu untuk berjalan.. masih mampu untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH.. pernah x sedetik setiap hari kita mengucap syukur atas semua kurniaan ni? dayah pun kadang2 terlalai., terleka sampai dayah lupa nak bersyukur.. lupa untuk menjadi hamba ALLAH yg redha.. hamba ALLAH yg lemah ini x pernah melihat dgn mata hati bhawa nikmat yg ALLAH kurniakan terlalu bnyk..

x mampu dayah sebagai manusia untuk menghitung nya.. tgn yang masih mampu untuk menulis, menaip, menyuapkan nasi.. kaki yg masih mampu untuk melangkah. mata yg masih mampu untuk melihat.. tlinga yg boleh mendengar. otak yg masih mampu untuk berfikir..
 YA ALLAH x mampu dayah untuk senaraikan kurniaan yg telah ALLAH beri kepada dayah setiap detik.. hari ini, dayah masih mampu untuk makan tanpa perlu mengutip sisa2 di tong sampah. tanpa perlu berebut untuk mendapat sesuap nasi.. tp adakah syukur dayah sebanyk nikmt yg diberi? hamba ALLAH selalu lupa berterima kasih kepada ALLAH sedangkan insan lain yg serba kekurangan hidup hanya untuk bersyukur kepada yg maha pemurah, penyayang.. sebagai hamba, syukur yang sebenar2nya adalah apabila dayah dilahirkan dalam nikmat islam dan iman.. sedangkan ramai manusia di muka bumi ni, yg x mengenal ALLAH.. syukur alhamdulillah dayah dilahirkan dalam islam, dan dayah pun ingin mati di dalam iman dan islam.. 

saudara2 seagamaku, hidup kita akan lebih nikmat andai kita tahu menghargai apa yang telah dikurniakan kepada kita.. tersembunyi nya beribu hikmah di sebalik setiap ciptaan ALLAH.. bila kita bersukur, bila kita ingat ALLAH, rasa dekat sgt kita dgn ALLAH.. cintailah pencipta kita dgn segala cinta nescaya cinta kita akan dibalas.. sesungguhnya dengan mengingati ALLAH itu, hati akan menjadi tenang..

Saturday 15 September 2012

adusss bosannya

lambat nya nak habis cuti..
ada lg hari ahad ngan isnin..
kawan2 semua balik kg..
tinggal la kami berempat di perantauan ni..

dayah, anis, sue dan nita..
tapi anis selalu g dating..
jd kami bertiga je la yg tinggal..
bosannya x tahu nak ckp la..
nak g jalan2 x de kenderaan..
duk je la kat rumah ni..
nita dgn blackberry dia duk bbm je..
sue duk on9.. tgk tv..
dayah??
duk je la tgk dinding.. 
tgk telefon..
duk merenung masa depan..

lambatnya nak g kelas..
biar hilang ckit bosan ni..
tapi msti banyk assignment kan nantii..
xpe la..
at least xla bosan sampai cam ni kan..
apa2 pun, selamat hari malaysia..

Wednesday 12 September 2012

sem baru

sem baru datang lg..
sem yg mencabar..
sem yg menentukan masa depan dayah..

dan sem ni sekali lg jumpa ngan OMY. (Othman Mohd Yunus)
alamak.. nampaknya sekali lg kena matching pakai tudung ngan baju..
nanti kena tegur nape x matchng..
selipar pun dia xbagi pakai..
sebenarnya hari ni pun da skip klas dia..
mesti dia ngamuk kan..
habis la dayah n the gang lepas ni..
mesti kecut perut nak masuk klas dia..
tapi sebenarnya dia xla teruk sgt pun..
cuma kami ni yang terlebih takut..
jgn harap la nak tido lam klas dia..
jgn harap la nak ngoya lam klas dia..
kena sound free je..
tapi cute gak OMY ni.. (hehe)

sem ni bnyk subjek yg susah2..
jadi dayah kena study betul2.
xnak dah malas2..
xnak dah sedih2..
lupakan apa yg dah berlalu ..
moga ianya jd pengajaran buat diri dayah ni..
apa yg penting teruskan menimba ilmu ..
moga ianya menjadi ilmu yg berguna dunia dan akhirat..


Friday 31 August 2012

pesan memesan..

hidup kita ni macam roda kan.. 
kadang2 kita kat atas, tapi kadang2 kite kat bawah..
bile berada kat atas, jangan la lupa bahawa kita akan ke bawah juga..
dan bila berada kat bawah, teruskan berusaha untuk naik ke atas.
tapi kadang2 sebagai manusia yang mudah lupa ni, kita kadang2 terlupa bile kita berada di atas.
bila orang puji kite, bila orang sanjung kite sikit, kita rase kita la yang paling sempurna..
tapi sebenarnya yang mempunyai kesempurnaan yang hakiki adalah ALLAH S.W.T
sebagai manusia kita x terlepas pun dari menyakiti hati insan lain..
tapi ingat la, 
pelihara lah aib orang lain...
Sebab nanti ALLAH akan pelihara aib diri kita ni..
jangan la sebab nak tarik perhatian, kita buka aib org lain..
buka kelemahan orang lain sedangkan sebagai manusia,
kita juga mempunyai aib sendiri..
kita x terlepas dari melakukan kesalahan..
apa yang terbaik, baikilah kesilapan diri..
mohon maaf dengan orang yang pernah kita sakiti

Tuesday 28 August 2012

29/8/2004

hri ini dtg lg..
hari ni genap 8 thun abah pergi..
ramai org cakap aku ikut muka abah..
terutama hidung..
tapi yg aku x paham ada makcik kg aku ckp 
aku ni jalan cam abah..
betul ke??
aku ni jalan stlye nak patah pinggang..
kata member aku, lembut cam penari kebudayaan..
x kan abah jalan cam2 kot..
pape pun, ada jugak kan tinggalan abah kat wajah aku ni..
hidung yang sama..
thankz abah sebab bawa dayah ke dunia ni..
doa dayah sentiasa mengiringi abah..
Ya ALLAH ampunilah segala dosa2 abah
dan tempatkanlah dia dalam kalangan hambamu yang beriman..
AL-FATIHAH buat abah tersayang MOHAMAD RASHID B ISMAIL





Buat Pendamping Kami | iluvislam.com discover the beauty of islam

Buat Pendamping Kami | iluvislam.com discover the beauty of islam



"Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.
Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata 'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.
Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" 
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka dia tetap akan bengkok. 
"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita" 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.
Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. Insya-Allah.

Monday 27 August 2012

Terima kaSIH ALLAH..

salam..
selamat pg.. syukur Alhamdulillah ALLAH msih bg dayah kehidupan..
mgkin dosa2 dayah bnyk dan ALLAH masih memberi peluang dayah untuk bertaubat..
sesungguhnya sakit yang di beri bnyk nikmat nya..
ALLAH tidak menguji seseorang di luar batas kemampuannya..
Dan barangsiapa yg bertakwa kepada ALLAH, akan ALLAH bg jalan keluar bg setiap masalah..
dayah bersyukur sgt sebab dayah sentiasa diuji..
2 tanda ALLAH nak dayah selalu mengingatiNYA..
dayah rela hilang cinta dunia untuk dayah gapai redha NYA..
mungkin dulu dayah terleka..
sibuk sgt kejar cinta manusia hingga dayah lupa cinta ALLAH yang kekal abadi..
dan sesungguhnya dayah bersyukur dgn perpisahan ni..
hati dayah lebih tenang dengan sentiasa mengingati ALLAH..
bnyk hikmah yang dayah dapat atas semua ni..
biarlah org nak buat apa pun kat dayah..
nikmat iman dan islam 2 lebih penting bg dayah..
x semua org kat dunia ni bertuah dilahirkan dalam nikmat iman dan islam..
dan dayah sgt bertuah sebab ALLAH lahirkan dayah dalam hidup yang serba kekurangan ni..
untuk dayah sentiasa menjadi hamba yang bersyukur...
terima kasih ALLAH..

aku lepaskan dia pergi..

saat dayah ngah sedih2 ni,
teringat bait2 lagu nora..
pergilah jika kau mahu.. pergilh x usah kembali..
x akan ku pujuk lagi.. x perlu merayu lagi..
biarkan saja semua berlalu.. usah dipanjangkan lagi
makin dalam sedih yang ku simpan..
Ya ALLAH dayah redha,,
walau terluka aku lepaskan dia pergi..
moga bahagia dia bukan dgn aku,,
6 tahun lame nya kan.. tapi kita sebagai manusai cuma boleh merancang ..
mgkin dayah da x de mkna bg dia..
dayah lepaskan dia dgn air mata..
dan hari ni dayah janji, x kan ingt dia lg..
dayah lepaskan dia pergi..


Saturday 4 August 2012

Selamat hri lahir dayah

x sgka umur dayah da 24..
syukur alhamdulillah atas nikmat ALLAH yang masih memberikan kehidupan kepada dayah..
syukur atas nikmat islam dan iman yang dianugerahkan..
umur da meningkat..
kawan2 pun da ramai yang kawen..
tapi dayah percaya apa yang ALLAH dah tetapkan untuk dayah..
kalau sampai jodoh, kawen la dayah kan..

kalau kat sekolah dulu kawan2 selalu buat surprise bg hadiah..
tapi skg da besar la..
mane ada hadiah lg..
tapi bg dayah cukup lah sekadar ingtan agar dayah tahu ada owg masih ingt kat dayah..
tapi cam biase la..
kalau mlm besday, x sah kalau x gduh..
memang suka cari gaduh la budk 2..
ape2 pun, dia org 1st yang wish.. (thankz my dear)..

Sunday 17 June 2012

SELAMAT HARI ABAH

selamat hari abah buat abah tersayang MOHAMAD RASHID ISMAIL


sayu je hati bila org ucap selamat hari bapa..
sebab aku da x boley ucap semua 2..
tapi aku boleh hantar doa kan kat abah.. 


dulu, abah suka marah2 kat aku..
tapi bila abah penat2 balik keje, abah akan suruh aku buatkan air..
walau pun air aku buat x sedap tapi abah x cakap pape pun..
dia minum jew..


aku selalu pk, nape dalam ramai2 anak abah,
semua benda abah suruh aku..
rupanya abah letakkan harapan yang tinggi untuk aku..
abah hantar aku masuk sekolah agama..
untuk aku jadi anak yang berbakti untuk abah dan mek satu hari nanti..


walau pun abah biarkan aku naik bus pergi sekolah,
tapi abah akan tunggu sampai aku naik bus, baru dia balik..
abah nak aku belajar berdikari..
bile abah da x de, aku kena tgu bus sorg2.
kadang2 bile bus lambat datng, aku nangis..
sebab aku rindu kat abah..
manja kan aku ni.. suka sgt nangis..


abah hero aku..
x de sape pun boleh ganti tempat istimewa abah dalam hati aku..
walau pun abah da x de, aku tetap nak ucap selamat hari abah..
moga abah bahagia kat sana..







Monday 14 May 2012

WANITA

teringat bait2 lagu kumpulan dehearty..
"tercipta engkau dari rusuk lelaki.. bukan dari kaki untuk dialasi. bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi engkau lah wanita hiasan duaniwi.."
begitu pentingnya wanita dalam hidup lelaki.. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia... dan seindah2 hiasan adalah wanita solehah..
tapi ramai ke wanita solehah dalam dunia ni??
pelik kan.. wanita sekarang lebih mengagungkan kecantikan.. tapi sebenarnya kecantikan yang hakiki datang dari hari yang suci, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang tinggi.
cantik tu sebenarnya subjektif. kecantikan sesorang terletak kepada mata org yang memandangnya.. jadi pengertian cantik tu luas. 
cantik seorang wanita x kan kekal. hanya iman di dada yang mampu membawa wanita menuju syurga ilahi.
usahlah dibanggakan dengan kecantikan kerana disebalik wajah yang cantik itu tersembunyi tengkorak yang mengerikan.. jadilah epal yang berada di puncak pokok. hanya insan yang layak je mampu memetiknya..
begitu istimewa ALLAH mencipta wanita.. 
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya.

Friday 11 May 2012

TAKDIR

salam semua...
hari ni nak kongsi2 pasal takdir..
x dapat dinafikan dalam hidup ni kita hadapi saat yang paling sukar..
kita menangis, kite sedih, kite kecewa, kita marah..
dan akhir sekali kita salahkan takdir hdup kita..
MASYAALLAH cukup sempurna ALLAH ciptakan kita semua..
kenapa kita perlu menyalah kan DIA..
ALLAH tidak akan menguji manusia melebihi batas kemampuannya..
bersykurlah kepada ALLAH kerana kita diuji..
itu menunjukkan bahawa ALLAH ingin memberikan pahala yang banyak
kepada hambanya..
ini juga menunjukan bahawa ALLAH ingin hambanya selalu mengingatinya..
kadang2 kita kehilangan sesuatu yang sangat kita sayangi..
sesuatu yang amat berharga bagi diri kita.
sedih 2 adalah sifat semulajadi manusia..
nabi muhammad S.A.W pun menangis kerana sedih ats kehilangn isteri tercinta siti khadijah..
tapi selepas itu ALLAH hadirkan israk mikraj untuknya..
yakinlah kepada ALLAH..
segala apa yang berlaku adalah perancangannya..
kadang2 makanan yang nak masuk ke mulut pun boleh keluar balik..
sebab apa??
sebb kat LUH MAHFUZ, ALLAH dah tetapkan benda 2 bukan rezeki kita..
kawan2, jangan bersedih kalau kita kehilangan sesuatu..
yakinlah bahawa ALLAH akan menggantikan sesuatu yang lebih berharga kepadamu..
kalau pun tiada yang lebih berharga, ALLAH akan memberikan pahala kesabaran kepadamu..
yakin lah kepada qada, dan qadar ALLAH..
YA ALLAH aku hanya hambamu yang hina dan lemah..
jangan kau palingkan hatiku dari mu

Tuesday 8 May 2012

ABAH

sebenarnya aku dah lame nak tulis sal benda ni...
tapi x taw nak tulis kat ner n camne nak start..
since aku da ade blog sndiri ni, bley la aku tulis kat cni..
nanti bile2 aku bley baca kan..
aku nak cite sal arwah abah aku..
x leh nak ungkap dgn kata2 camne rindunya aku kat dia.
tapi kite sbgai hambanya kena redha kan.. 
semua 2 ALLAh da tetapkan untuk aku..
cuma boleh merasai kasih sayang seorang abah 
untuk 16 tahun jew...


ari 2, 29 ogos 2004.. ari yang aku x kan lupa sampai bile2.
aku g sekolah cam biase tapi perasaan 2 lain macam je..
rasa nak tgk je kat muka abah masa aku nak pergi sekolah..
dan abah pulak termenung je kat atas kerusi..
x hantar aku kat muka pintu cam biase...
selalunya org ckap kalau kita terlalu banyak ketawa,
kita mungkin akan nangis lepas 2...
betul la 2...
aku banyk sgt ketawa hari 2..
x tahu apa yang lucu sgt tapi aku ketawa sampai meleleh air mata...
tapi, lepas je waktu rehat cikgu datang cari aku..
cikgu cakap ada org nak jumpa.. aku pelik la tgk jiran aku dtg..
hati aku da start lain macam rasa ni..
dia pun gtau abah accident dan x dpt diselamatkan
aku rasa dunia aku gelap .. sunyi je rasa..
aku cubit lengan aku sampai merah... aku mohon sgt yang aku hanya mimpi..
tapi kita sebagai hamba x mampu untuk lawan takdir yang telah tertulis untuk kita..
aku x ready pun nak hadapi benda ni...
aku balik rumah, nampak mek..
aku terus nangis.. mek marah aku sebab nangis.. dan aku janji kat diri aku,
aku x kan nangis depan mek lg..
aku x kan buat mek sedih lg...
jenazah abah masih kat hospital.. polis nak buat post morterm.. tapi kitorang x bagi..
lepas dpt pertolongn org kg aku, jenazah abah x pyh post morterm..


30 hb ogos 2004 pukul 12.00 tghari..
van jenazah yang bawak abah tiba...
saat nampak je abah, air mata ni cam x bley nak tahan lg..
maaf mek.. anakmu x mampu nak kawal airmata ni dari keluar....
hanya bacaan yasiin yang mampu aku bg kat abah..
ya allah aku x mampu nak kawal kesedihan aku..
al-quran yang abah beli untuk aku dulu, basah dgn airmata aku.. 
mek suruh aku tlg mandikan abah..
aku gosok kaki abah..
ya allah, sejuknya kaki abah.. dan aku terus lari..
aku x mampu kawal sedih aku ni...
x elok jatuh air mata atas abah... nanti abah seksa..
saat nak kucup abah, aku tahan air mata ni... 
bersih je wajah abah... aku kucup dahi abah penuh kasih sayang..
kucupan pertama dan terakhir dari seorang anakmu...
aku iringi abah dgn doa...
aku dah redha ALLAH ambik abah ...
kat akhirat nanti kite boleh jumpe..
sampai skrg ni, setiap kali aku baca yaasin untuk abah,
abah akan datang dalam mimpi aku..
dan aku sangat bersyukur..
terlepas juga rindu anakmu ni kat abah..
hari raya lepas aku tanam bunga kat pusara abah..
moga bunga2 yang hidup akan memberikan pahala kepda abah..
aku syg abah..
susahnya hidup aku tanpa abah... sunyi hidup aku...
x de lg org nak imamkan kami solat
x de lg org nak marah2 kat aku...
dan mek, masih setia kat abah..
dah dua kali org dtg merisik tapi mek masih setia kat abah..
ya ALLAH moga ibu bapaku akan bertemu satu hari nanti di syurgamu..
ampunkan dosa mereka dan kasihi lah mereka sebagaimana 
mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil...
dan tempatkan mereka berdua di syurgamu..

Saturday 5 May 2012

welcome to blog

salam..
hari ni kan kira hari yang bermakna jugak la bagi aku ni..
(bermakna la sgt)
sebab apa kan, sebab aku da ada blog sendiri..
selama ni duk tgk2 n baca blog org lain jew.
jeles la dgn aza dan nita 2 coz da lame ade blog..
tapi aku ni baru jer berjinak2 nak bukak blog kan..
ketinggalan zaman betul la dayah ni..
tapi x pe la..
bak kate teacher rozita  -better late than never- kan.
anyway, nati aku nak cite bnyk kisah aku kat sini..
tapi malu sbnarnye nak cite..
ye la aku ni bukan pandai sgt pun cite2 ni...
takut nanti org gelakkan aku lak..