Monday 14 May 2012

WANITA

teringat bait2 lagu kumpulan dehearty..
"tercipta engkau dari rusuk lelaki.. bukan dari kaki untuk dialasi. bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi engkau lah wanita hiasan duaniwi.."
begitu pentingnya wanita dalam hidup lelaki.. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia... dan seindah2 hiasan adalah wanita solehah..
tapi ramai ke wanita solehah dalam dunia ni??
pelik kan.. wanita sekarang lebih mengagungkan kecantikan.. tapi sebenarnya kecantikan yang hakiki datang dari hari yang suci, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang tinggi.
cantik tu sebenarnya subjektif. kecantikan sesorang terletak kepada mata org yang memandangnya.. jadi pengertian cantik tu luas. 
cantik seorang wanita x kan kekal. hanya iman di dada yang mampu membawa wanita menuju syurga ilahi.
usahlah dibanggakan dengan kecantikan kerana disebalik wajah yang cantik itu tersembunyi tengkorak yang mengerikan.. jadilah epal yang berada di puncak pokok. hanya insan yang layak je mampu memetiknya..
begitu istimewa ALLAH mencipta wanita.. 
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya.

Friday 11 May 2012

TAKDIR

salam semua...
hari ni nak kongsi2 pasal takdir..
x dapat dinafikan dalam hidup ni kita hadapi saat yang paling sukar..
kita menangis, kite sedih, kite kecewa, kita marah..
dan akhir sekali kita salahkan takdir hdup kita..
MASYAALLAH cukup sempurna ALLAH ciptakan kita semua..
kenapa kita perlu menyalah kan DIA..
ALLAH tidak akan menguji manusia melebihi batas kemampuannya..
bersykurlah kepada ALLAH kerana kita diuji..
itu menunjukkan bahawa ALLAH ingin memberikan pahala yang banyak
kepada hambanya..
ini juga menunjukan bahawa ALLAH ingin hambanya selalu mengingatinya..
kadang2 kita kehilangan sesuatu yang sangat kita sayangi..
sesuatu yang amat berharga bagi diri kita.
sedih 2 adalah sifat semulajadi manusia..
nabi muhammad S.A.W pun menangis kerana sedih ats kehilangn isteri tercinta siti khadijah..
tapi selepas itu ALLAH hadirkan israk mikraj untuknya..
yakinlah kepada ALLAH..
segala apa yang berlaku adalah perancangannya..
kadang2 makanan yang nak masuk ke mulut pun boleh keluar balik..
sebab apa??
sebb kat LUH MAHFUZ, ALLAH dah tetapkan benda 2 bukan rezeki kita..
kawan2, jangan bersedih kalau kita kehilangan sesuatu..
yakinlah bahawa ALLAH akan menggantikan sesuatu yang lebih berharga kepadamu..
kalau pun tiada yang lebih berharga, ALLAH akan memberikan pahala kesabaran kepadamu..
yakin lah kepada qada, dan qadar ALLAH..
YA ALLAH aku hanya hambamu yang hina dan lemah..
jangan kau palingkan hatiku dari mu

Tuesday 8 May 2012

ABAH

sebenarnya aku dah lame nak tulis sal benda ni...
tapi x taw nak tulis kat ner n camne nak start..
since aku da ade blog sndiri ni, bley la aku tulis kat cni..
nanti bile2 aku bley baca kan..
aku nak cite sal arwah abah aku..
x leh nak ungkap dgn kata2 camne rindunya aku kat dia.
tapi kite sbgai hambanya kena redha kan.. 
semua 2 ALLAh da tetapkan untuk aku..
cuma boleh merasai kasih sayang seorang abah 
untuk 16 tahun jew...


ari 2, 29 ogos 2004.. ari yang aku x kan lupa sampai bile2.
aku g sekolah cam biase tapi perasaan 2 lain macam je..
rasa nak tgk je kat muka abah masa aku nak pergi sekolah..
dan abah pulak termenung je kat atas kerusi..
x hantar aku kat muka pintu cam biase...
selalunya org ckap kalau kita terlalu banyak ketawa,
kita mungkin akan nangis lepas 2...
betul la 2...
aku banyk sgt ketawa hari 2..
x tahu apa yang lucu sgt tapi aku ketawa sampai meleleh air mata...
tapi, lepas je waktu rehat cikgu datang cari aku..
cikgu cakap ada org nak jumpa.. aku pelik la tgk jiran aku dtg..
hati aku da start lain macam rasa ni..
dia pun gtau abah accident dan x dpt diselamatkan
aku rasa dunia aku gelap .. sunyi je rasa..
aku cubit lengan aku sampai merah... aku mohon sgt yang aku hanya mimpi..
tapi kita sebagai hamba x mampu untuk lawan takdir yang telah tertulis untuk kita..
aku x ready pun nak hadapi benda ni...
aku balik rumah, nampak mek..
aku terus nangis.. mek marah aku sebab nangis.. dan aku janji kat diri aku,
aku x kan nangis depan mek lg..
aku x kan buat mek sedih lg...
jenazah abah masih kat hospital.. polis nak buat post morterm.. tapi kitorang x bagi..
lepas dpt pertolongn org kg aku, jenazah abah x pyh post morterm..


30 hb ogos 2004 pukul 12.00 tghari..
van jenazah yang bawak abah tiba...
saat nampak je abah, air mata ni cam x bley nak tahan lg..
maaf mek.. anakmu x mampu nak kawal airmata ni dari keluar....
hanya bacaan yasiin yang mampu aku bg kat abah..
ya allah aku x mampu nak kawal kesedihan aku..
al-quran yang abah beli untuk aku dulu, basah dgn airmata aku.. 
mek suruh aku tlg mandikan abah..
aku gosok kaki abah..
ya allah, sejuknya kaki abah.. dan aku terus lari..
aku x mampu kawal sedih aku ni...
x elok jatuh air mata atas abah... nanti abah seksa..
saat nak kucup abah, aku tahan air mata ni... 
bersih je wajah abah... aku kucup dahi abah penuh kasih sayang..
kucupan pertama dan terakhir dari seorang anakmu...
aku iringi abah dgn doa...
aku dah redha ALLAH ambik abah ...
kat akhirat nanti kite boleh jumpe..
sampai skrg ni, setiap kali aku baca yaasin untuk abah,
abah akan datang dalam mimpi aku..
dan aku sangat bersyukur..
terlepas juga rindu anakmu ni kat abah..
hari raya lepas aku tanam bunga kat pusara abah..
moga bunga2 yang hidup akan memberikan pahala kepda abah..
aku syg abah..
susahnya hidup aku tanpa abah... sunyi hidup aku...
x de lg org nak imamkan kami solat
x de lg org nak marah2 kat aku...
dan mek, masih setia kat abah..
dah dua kali org dtg merisik tapi mek masih setia kat abah..
ya ALLAH moga ibu bapaku akan bertemu satu hari nanti di syurgamu..
ampunkan dosa mereka dan kasihi lah mereka sebagaimana 
mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil...
dan tempatkan mereka berdua di syurgamu..

Saturday 5 May 2012

welcome to blog

salam..
hari ni kan kira hari yang bermakna jugak la bagi aku ni..
(bermakna la sgt)
sebab apa kan, sebab aku da ada blog sendiri..
selama ni duk tgk2 n baca blog org lain jew.
jeles la dgn aza dan nita 2 coz da lame ade blog..
tapi aku ni baru jer berjinak2 nak bukak blog kan..
ketinggalan zaman betul la dayah ni..
tapi x pe la..
bak kate teacher rozita  -better late than never- kan.
anyway, nati aku nak cite bnyk kisah aku kat sini..
tapi malu sbnarnye nak cite..
ye la aku ni bukan pandai sgt pun cite2 ni...
takut nanti org gelakkan aku lak..