Tuesday 8 May 2012

ABAH

sebenarnya aku dah lame nak tulis sal benda ni...
tapi x taw nak tulis kat ner n camne nak start..
since aku da ade blog sndiri ni, bley la aku tulis kat cni..
nanti bile2 aku bley baca kan..
aku nak cite sal arwah abah aku..
x leh nak ungkap dgn kata2 camne rindunya aku kat dia.
tapi kite sbgai hambanya kena redha kan.. 
semua 2 ALLAh da tetapkan untuk aku..
cuma boleh merasai kasih sayang seorang abah 
untuk 16 tahun jew...


ari 2, 29 ogos 2004.. ari yang aku x kan lupa sampai bile2.
aku g sekolah cam biase tapi perasaan 2 lain macam je..
rasa nak tgk je kat muka abah masa aku nak pergi sekolah..
dan abah pulak termenung je kat atas kerusi..
x hantar aku kat muka pintu cam biase...
selalunya org ckap kalau kita terlalu banyak ketawa,
kita mungkin akan nangis lepas 2...
betul la 2...
aku banyk sgt ketawa hari 2..
x tahu apa yang lucu sgt tapi aku ketawa sampai meleleh air mata...
tapi, lepas je waktu rehat cikgu datang cari aku..
cikgu cakap ada org nak jumpa.. aku pelik la tgk jiran aku dtg..
hati aku da start lain macam rasa ni..
dia pun gtau abah accident dan x dpt diselamatkan
aku rasa dunia aku gelap .. sunyi je rasa..
aku cubit lengan aku sampai merah... aku mohon sgt yang aku hanya mimpi..
tapi kita sebagai hamba x mampu untuk lawan takdir yang telah tertulis untuk kita..
aku x ready pun nak hadapi benda ni...
aku balik rumah, nampak mek..
aku terus nangis.. mek marah aku sebab nangis.. dan aku janji kat diri aku,
aku x kan nangis depan mek lg..
aku x kan buat mek sedih lg...
jenazah abah masih kat hospital.. polis nak buat post morterm.. tapi kitorang x bagi..
lepas dpt pertolongn org kg aku, jenazah abah x pyh post morterm..


30 hb ogos 2004 pukul 12.00 tghari..
van jenazah yang bawak abah tiba...
saat nampak je abah, air mata ni cam x bley nak tahan lg..
maaf mek.. anakmu x mampu nak kawal airmata ni dari keluar....
hanya bacaan yasiin yang mampu aku bg kat abah..
ya allah aku x mampu nak kawal kesedihan aku..
al-quran yang abah beli untuk aku dulu, basah dgn airmata aku.. 
mek suruh aku tlg mandikan abah..
aku gosok kaki abah..
ya allah, sejuknya kaki abah.. dan aku terus lari..
aku x mampu kawal sedih aku ni...
x elok jatuh air mata atas abah... nanti abah seksa..
saat nak kucup abah, aku tahan air mata ni... 
bersih je wajah abah... aku kucup dahi abah penuh kasih sayang..
kucupan pertama dan terakhir dari seorang anakmu...
aku iringi abah dgn doa...
aku dah redha ALLAH ambik abah ...
kat akhirat nanti kite boleh jumpe..
sampai skrg ni, setiap kali aku baca yaasin untuk abah,
abah akan datang dalam mimpi aku..
dan aku sangat bersyukur..
terlepas juga rindu anakmu ni kat abah..
hari raya lepas aku tanam bunga kat pusara abah..
moga bunga2 yang hidup akan memberikan pahala kepda abah..
aku syg abah..
susahnya hidup aku tanpa abah... sunyi hidup aku...
x de lg org nak imamkan kami solat
x de lg org nak marah2 kat aku...
dan mek, masih setia kat abah..
dah dua kali org dtg merisik tapi mek masih setia kat abah..
ya ALLAH moga ibu bapaku akan bertemu satu hari nanti di syurgamu..
ampunkan dosa mereka dan kasihi lah mereka sebagaimana 
mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil...
dan tempatkan mereka berdua di syurgamu..

1 comment: