Monday 14 May 2012

WANITA

teringat bait2 lagu kumpulan dehearty..
"tercipta engkau dari rusuk lelaki.. bukan dari kaki untuk dialasi. bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi engkau lah wanita hiasan duaniwi.."
begitu pentingnya wanita dalam hidup lelaki.. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia... dan seindah2 hiasan adalah wanita solehah..
tapi ramai ke wanita solehah dalam dunia ni??
pelik kan.. wanita sekarang lebih mengagungkan kecantikan.. tapi sebenarnya kecantikan yang hakiki datang dari hari yang suci, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang tinggi.
cantik tu sebenarnya subjektif. kecantikan sesorang terletak kepada mata org yang memandangnya.. jadi pengertian cantik tu luas. 
cantik seorang wanita x kan kekal. hanya iman di dada yang mampu membawa wanita menuju syurga ilahi.
usahlah dibanggakan dengan kecantikan kerana disebalik wajah yang cantik itu tersembunyi tengkorak yang mengerikan.. jadilah epal yang berada di puncak pokok. hanya insan yang layak je mampu memetiknya..
begitu istimewa ALLAH mencipta wanita.. 
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya.

No comments:

Post a Comment